Monday, November 1, 2021

Sunday, October 17, 2021

HIDUP & MATI ku hanya keranaMu, ya Allah.

Kita tidak bisa menolak ketika ancaman maupun konflik mendatangi hidup. Tetapi sikap kitalah yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan. Dan pilihan itu ada di tangan kita sendiri.
So, one day at a time, you see me struggle… but you will NEVER see me fall….

Tuesday, August 11, 2020

MENJAGA HATI MAK & AYAH

MENJAGA HATI MAK DARIPADA TERLUKA, MARAH, KECIL HATI DAN MERAJUK

Balik ke rumah mak dan ayah, ada beberapa perkara yang perlu kita jaga. Terutama mulut kita. Antaranya:

1. Bila mak hidangkan air, kita minum dan terasa air agak manis atau tawar, diamkan sahaja elakkan dari berkata yang bukan-bukan kepada mak. Mak dah tua. Barangkali deria rasa mak pun berubah, atau mak terlupa.

Ayat-ayat seperti "Manisnya air mak buat ni! Tawarnya air mak ni!" Cukuplah sekadar dalam hati kita sahaja.

Pergilah ke dapur ambillah air masak, campurkanlah dengan air kita tu tadi. Sehabis baik kita cakaplah bebaik kepada mak kenapa kita buat begitu. Buatlah lawak sikit-sikit. Bagi mak gembira. Selesai. Mak tak kecil hati, tak terluka perasaannya.

2. Bila mak masak, mak pelawa kita makan, pergilah makan. Bab diet tak ada masalah. Yang penting, kita tak bagitahu mak yang kita dah tak makan itu ini kononnya nak jaga badan.

Hati mak kena jaga. Dah tak makan nasi, pergilah makan lauk dan sayurnya. Mak gembira sangat tengok anak-anak mak makan. Terkenang sungguh mak masa tengok kita makan, terbayang-bayang semasa kita kecil-kecil dahulu.

Biasanya mak makan lambat-lambat. Sebabnya bukan apa pun, sekadar ambil peluang curi-curi tengok kita makan masakannya. Indah sungguh bagi mak. 

Oh mak, hati mak bila dah makin berusia, makin mudah tersentuh hati. Semasa ketawa pun boleh sebak. Kan?

3. Bila kita sampai, tengok-tengok ayah tak ada. Ayah tidur. Atau pun sepanjang kita di rumahnya, kita perasan ayah kerap tidur. 

Tak perlulah kita pergi ke bilik ayah, kejutkan ayah. Biarkanlah ayah. Biar ayah bangun sendiri. 

Bila ayah keluar dari bilik, elakkan dari menyapa seperti "Hai abah, puas dah tidur? Hai ayah, asyik tidur je kerjanya."

Ayah dah tua. Jalan tak segagah macam dahulu. Tenaga dah semakin berkurang. Beza semasa muda dahulu. Ingatlah.

Ini masa ayah berehat.

4. Ayah suka ajak kita keluar. Kadang bukan ke mana pun, sekadar pusing keliling kampung, pusing bandar sekejap.

Elakkanlah dari berkata "Tak naklah pergi. Lain kalilah."

Semasa kita kecil-kecil dahulu, inilah orang yang tak pernah jemu bawa kita pergi meronda ke mana sahaja. Baik naik kenderaan atau berjalan kaki, sama ada dikendong, didukung kita atau diletakkan kita di belakang tengkuknya.

Sungguh. Permintaan ayah itu, sebenarnya adalah bagi mengubat rindunya membawa kita bersiar-siar satu ketika dahulu. Cuma bezanya, kita pula yang membawanya. 

Kawan-kawan, 

Sama ada kita atau mereka yang pergi dahulu, tetapkan dalam hati untuk memberi layanan sebaiknya kepada mereka. 

Manfaatkan masa bersama selagi dikurnia izin daripada Allah. Sampai satu masa, inilah rindu yang tak akan boleh dibuang dari fikiran dan hati kita, juga mereka. Kekal selama-lama selagi hayat dikandung badan.

#KopipesTanpaPermit

#dakwahsentapofficial

Monday, August 10, 2020

MASA YANG BERLALU

 MASA BERLALU

Begitu cepat masa berlalu, tak terasa umur pun dah ke61 tahun. Penyakit pun macam2 bertandang.

Mereka yang dikasehi, disayangi & dicintai semuanya telah berangkat pergi meninggalkan alam dunia.

Namun, yang hidup MESTI meneruskan rutin kehidupan seharian.

Terasa begitu sayu, sedih, pilu dan sebak mengingatkan tiada lagi gurausenda mereka.

YA ALLAH YA RABBI, ENGKAU AMPUNILAH DOSA2 EMAK, DOSA2 AYAH, DOSA2 SUAMI, DOSA2 TOK2 & WAN2. BAHAGIAKANLAH MEREKA DI SANA.

Aamiin.

Monday, July 13, 2020

TERKILAN

Perlukah kita wish happy birthday untuk orang yang telah pergi?
Dah 2x tarikh 18/6 itu muncul selepas pemergiannya..
BANYAK CARA LAIN JIKALAU NAK TUNJUK KASIH SAYANG KALIAN😒...
Doakan kemudahannya menjalani kehidupan di alam kubur kerana HANYA ALLAH sahaja yang tahu apa yang sedang mereka ahli kubur lalui.
Tak perlu laaa kita yang di atas bumi ini menokoktambah lagi derita kesengsaraan mereka.
Sedangkan merataptangis mengeluhkesah sebuah kematian pun dilarang.
Itupun jika kita benar2 SAYANGkan simati. Atau mungkin sebaliknya, sekadar bermuka2 di MUKABUKU untuk menambah pujian..entahlah.
Hanya doa terutama doa anak yang soleh InshaaAllah dapat membantu simati..
🤔tapi pastikah kita tergolong dalam kalangan mereka yang terpilih itu?
Oleh sebab itu JANGAN  sesekali cepat merasa diri kita kalis dosa!

Wallahu'alam.

Tuesday, July 30, 2019

Fahami..

https://www.mingguanwanita.my/rezeki-uruskan-mak-ayah-setiap-adik-beradik-ada-bahagian-masing-masing/