Tuesday, April 30, 2013

re-organize...kain2 perca & fabrik kraf

SEBELUM

Cer tengok....
dalam beg plastik
 Kain perca, lebihan-baki jahitan, fabrik kraf serta kain yang baru dibeli....
atas meja
Main campak2, sorok2, sumbat2 ja.....
Senangnya hidup!
....tapi susah hati melihat segala macam berserabut tu.

Jadi, untuk menyenangkan hati dan menenangkan jiwa, mM pun sejak seminggu ni gigih bukan main lagi mengatur semula apa yang patut....


SELEPAS

Nahhhh.....dah cantik tersusun dah..
Berlipat macam kat kedai laaaa pulakkkk...
Caranya...
1. Potong kertas keras atau kotak dalam size 4"x6"; jika kain baru beli dan ada tempat nak simpan, boleh ja buat size tinggi macam di kedai tu!
 2. Lipat kain menjadi selebar kotak tadi.
 3. Gulunglah kain sehingga ke penghujung.
4. Semat dengan jarum peniti yang berkepala; seeloknya berlainan warna dari kain supaya senang nak cari permulaannya bila nak dibuka.
Hahaha... senang ja, kan?

Kain2 yang besar dan lebar bolehlah dibuat cegitu. Kalau yang kecil2 tu, elok letak dalam kotak atau bakul.. tapi mM masukkan ke dalam balang/botol plastik macam ni...


Esok atau lusa nak disusun ikut warna kain.
Selepas tu mM nak kena mengemas yang di kelilingnya tu la..
Harap2 tidaklah mengambil masa lama sangat, manalah tahu...kain2 tu berselerak semula nanti.

Kepada yang menjahit atau mengkraf(?), tentu korang pun bermasalah dengan kain2 berlambak ni, kan...ayuh mengemas sebelum menggunung!
Alhamdulillah...saya sudah.
Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment