Wednesday, January 16, 2013

hidangan minum pagi & petang

Agak2 apa menu yang sedap untuk minum kopi pagi atau minum teh petang, ya...
Pagi ahad lepas mM goreng popia...
Ingatkan nak hantar 2-3 ketul dekat jiran-sahabat rapat mM. tapi dia tak ada di rumah.
Melepas lah pulak, cikgu Naemah.

Lepas tu hari ni, mM buat roti jala nak lawan dengan gulai parpu +  kelempong lembu...
Dan mesti ada yang tertanya2; apakah bendanya ni!
Parpu tu ialah kacang dhal; kelempong lembu tu pula ialah paru-paru lembu.
Nak dihantar ke rumah cikguNaemah pun, dia berada di sekolah.
Melepas lahhh lagi!
Bubur caca
ni asal2 tepung bubur caca sebelum dimasak

Lama dah tak masak bubur ni...
InSyaaAllah, nak buat dalam masa terdekat ni.
 Puding kastad  pun sedap juga makan petang di musim2 panas ni...

 Salad Kentang...dimakan sejuk..; sedap sangat. mM suka makan begitu saja tapi orang2 dalam rumah ni anggap pelik! Okaylah, kalau makan dengan chicken-chop, fish and chip atau beef-steak, mungkinlah tak dianggap janggal..bagi mM rasanya tentu saja lagi sedap!
sayur campur/ frozen mix vegetables
direbus sebentar; seeloknya dicelur @ rendam air panas sahaja:
supaya terasa rapuh dan rangupnya..
beberapa sudu mayonis..tak kira apa jenama pun, asalkan halal
beberapa biji kentang (ikut suka nak banyak ke sikit);
kupas, dipotong kiub  kecil dan direbus sampai empuk
gaul semuanya, tambahlah garam dan serbuk lada
 (sedap lagi jika guna lada sulah/putih)
Boleh juga jika suka ditambah tomato dan cili cameron.. 
simpan sejuk sebelum makan
Jika nak diikutkan resepi sebenar dari negara asalnya, memanglah berbeza...tapi yang ini mm buat ikut selera  orang Melayu je.; dan lagi dengan kos yang murah..
sebab tu tak ada telur rebus, olive oil, mustard, sour cream, celery dan lain2...
Sedapppp, cubalah!

No comments:

Post a Comment