Thursday, January 17, 2013

Alhamdulillah.. berbunga lagi...

orkid yang dah mula berbunga.

Lama sungguh menanti bunga2 orkid di rumah ni nak berbunga. 

Agaknya, apabila kita dok membelai2..memang mengada2 ke pokok2 ni... Tu yang tak nak berbunga tu...!

Setahu mm lah orang mempetuakan yang kita " kena bercakap membelai pokok, baru subur hidup tanaman tersebut.."  
Entah betul atau tidak. Namun mm biasanya bersungut2 adalah..tak pernahlah pula nak belai2 manja-sayang gitu!
Selain dari membaja ikut masa, doa atau bacaan surah Yaasin ayat 33-35, elok juga dibaca semasa sambil2 buat gardening tu untuk menyuburkan pokok.
untuk gambar lebih jelas.. ni dari google:
macam ni lah bunga pokok mM tu
Apa ke nama dan jenisnya orkid ni, memang mM tak berapa tahu...Wallahu'alam.
ada lagi 1 tunas bunga baru..
Harapan mM, pokok2 orkid lain tu pun akan mengikut jejak pokok ni...akan sentiasa rajin berbunga!
Dah jemu dah mendengar komplen orang sebab pokok tak berbunga ni...(macam tak menasabah je...kan?) Orang lain pula yang sibuk dan risaukan pokok dalam pasu di rumah kita tak tayang bunga!
Itulah namanya manusia....pelbagai ragam dan fe'el untuk kita tangani secara berhemah.

No comments:

Post a Comment