Monday, December 31, 2012

Kembang Songsang @ okid songsang

 
Pokok ni dipanggil sebagai 'kembang songsang @ ORKID SONGSANG' oleh kebanyakan orang2 Melayu di kampung2 sebab petalnya terbalik ke bawah yang mana bagi bunga2 lain sepatutnya menaik dan daun serta batangnya pula seperti pokok okid. 
mM dapat benih pokok ni dari jiran lama mM; En. Sabtu bin Jumaat dan isterinya Ijah, sebelum mereka berpindah dulu. Alhamdulillah, elok tumbuhnya. Bolehlah juga dibuat kenangan. 
mM tanam dari ubinya yang boleh bertahan 2-3 hari terdedah tanpa tanah. Kira2nya, kalau dapat ubi tu, bila bawa balik ke rumah tapi malas pula  nak terus berkebun, boleh letak saja kat tepi rumah..
Ia sebenarnya pokok hutan dan tunbuh di kawasan belukar. Memerlukan cahaya matahari sepanjang hari.
mM suka tengok bunganya yang berwarna terang dan keistimewaannya ia bertukar2 warna mengikut masa.
Sayangnya, pokok ini SANGAT2 beracun. Ubi dan akarnya sangat beracun dan boleh membunuh jika termakan. Malahan daun dan batangnya pun boleh mengakibatkan kegatalan kulit.
Pokoknya akan kering dan mati sebaik2 sahaja bunga2nya layu; walaupun demikian tunas atau anak pokok baru akan muncul dari ubi pokok asal. Jadi, sungguhpun ianya cepat membesar, jika ditanam di dalam pasu, memang sukar hendak merimbun.

Disini mM share bersama tulisan darihttp://nimadesriandani.wordpress.com/author/nimadesriandani/  tentang maklumat pokok ni..

Selain posisi bunganya yang nyungsang, Kembang Sungsang juga memiliki keistimewaan yakni warna bunganya yang berubah mengikuti hari. Saat kuncup dan mulai mekar, bunga ini berwarna hijau, kemudin berubah menjaadi  kuning, lalu berubah lagi menjadi  jingga, lalu merah terang dan kemudian berubah menjadi merah tua sebelum akhirnya ia layu. Tak jarang kita temukan bunga ini sedang berada dalam 2 phase warna, misalnya   hijau-kuning atau jingga-merah.









Kalau tak silap mM, bunga ni menjadi bunga kebangsaan negara Zimbawee (betul ke ejaannya?).
Juga dari pembacaan mM, dikatakan sebagai bunga ke4 termahal di dunia, wooow..betul ke?
Kalau gitu...jom tanam!
Namun kena berAWAS!...JANGAN SAMPAI MENJADI TRAGEDI PULA!



No comments:

Post a Comment