Monday, December 24, 2012

Dalam proses...

Ateh, anak mM yang bernikah 27hb April lalu sedang menanti kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada awal Februari tahun depan.
Jadi, kenalah mM sekarang ni mencari & mencuri2 masa nak menjahit bantal-tilam bayi baru tu.

Teringat dulu2 masa tahun 1980an...seronok sungguh...; tiap-tiap tahun mencari warna tema untuk jahit tilam, bantal & bakul serta buai bayi untuk anak2 sendiri.
Kemudian, sekarang masa untuk mencari warna tema untuk kenduri mereka; juga satu demi satu sekarang mula semula nak menjahit peralatan bayi mereka pula...; cucu2 mM!

Minggu lepas, semasa membeli pakaian sekolah adikAisyah, sempatlah juga membeli sekali kain2 untuk bayi baru ni.
Emaknya suka warna pink; sedangkan ayahnya pula suka warna ungu. Jadi, eloklah pilih warna ungu sebab besar kemungkinan babynya lelaki.
dalam proses...
bakul yang nak dibajukan..

...perlukan penambahbaikan

No comments:

Post a Comment