Thursday, January 7, 2016

CUCU...

Alhamdulillah syukur Ya Rabbi..

ALLAH MAHA KAYA..Dia ambil 1 nyawa, diberi ganti baru 3 sekali insan baru dalam setahun!

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya; 
DiambilNya surgadunia yg dipinjamkan tempohari...& dikurniakan cahayadrsyurgaNya sebagai pengganti; agar dapat mengubat jiwa walaupun tak akan ada gantian yg sama.

Subhanallah.


Selepas hampir 50hari emak meninggal dunia, Allah berikan pula 2 orang cucu dalam tempoh berselang 3 hari ja! 
Seorang dilahirkan 27/12/15 manakala seorang lagi pada 30/12/15....dan kedua-duanya lelaki!

Itulah kan....Allah lebih mengetahui apa yang TERBAIK  untuk hamba2Nya; terlebih dulu dijemput emak kembali agar hati emak tidak gundah memikirkan "mak menyusahkan hang"....Juga mM pun tak perlu berkisah kecewa takut2 tak terkejar masa dan tenaga untuk membahagikan perhatian terhadap cucu2 baru, anakmenantu yang dalam pantangbersalin serta keuzuran emak....atau bolehjadi masa tu mM terpaksa berbalah dengan adik2 agar mereka pula menjaga emak dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah telah selamatkan mM dari melukakan hati seorang ibu!



Sehari sebelum 27/12 tu, mM sekeluarga adakan kenduri kecil..


TERIMAKASIH buat semua anak2menantu2 ...walaupun sekadar 7-80 org, kita berjaya melakukannya.
Alhamdulillah.Cuma sedikit terkilan sbb tak dapat bawa datang ke rumah mM anak2 dari Kediaman Anak Anak Yatim dan Miskin Cahaya Ain; InsyaaAllah semuga berkesempatan dilain masa.Juga syukur ya Allah, hebat perancanganMu....seelok sahaja selesai majlis dan sessi kemasmengemas, petang tu juga mM bertunggutangga di Wad Bersalin Hospital Taiping!

BUAT ANAK2...
INGATLAH
 JANJI ALLAH ITU BENAR BELAKA
awasIlah setiap perlakuanmu duhai anak2...

SESUNGGUHNYA...


No comments:

Post a Comment