Sunday, November 15, 2015

Rutin harian tanpa emak


Entah bagaimanalah agaknya perasaan anak yang jelas2 menderhaka; samada dengan sikap perbuatan atau ucapkata2;
sedangkan kita yang sentiasa menjaga tuturkata perbuatan pun disarangi kekesalan.
Tak dapat nak bayangkan;
ataukah mereka sememangnya tiada apa2 rasa....

Astafirullah..

terlalu banyak yang meruntun jiwa..
terlalu sarat kenangan yang merobek hati...
semuga emakayah tenang di sana
semuga emakayah berada dalam kalangan mereka2 yang terpilih solehsolehah..
aminn.
Terkenang2..
Setiap pagi, selepas memandi, cuci luka, tukar pampers, pakaikan seluarbaju, minyak dan sikat rambut, membedak muka cengkungnya, mengurut meminyakangin tangankaki badan yang lenguh, menyuap makananblendernya malah walaupun sekadar suapkan air kosong...emak tak pernah tak sebut : terimakasih la, mak dah tak daya nak buat apa...mujur ada hang.....Allah saja boleh balas...itu ini...itu ini..itu ini...
Semuanya doa yang elok2 saja dari emak....tapi, hari ni segalanya dah tak ada.

Sangat2 merindui saat2 emak menuturkan semua itu walaupun dalam suaranya yang ternyata amat lemah sekali.

Apatah lagi, semasa selimutkan emak bila kain selimut tertebar dari tubuh kurusnya...walaupun mulutnya tak bersuara, tapi pandangan renungan matanya; dapat dirungkaikan ucap syukurnya.
Rindunya...
..apabila tengahmalam, terjaga tengok emak terkebil2; bila tanya nak makanminum...tangannya digawang2 dan selepas tahajud sekali lagi jenguk; kalau emak masih tak tidur...baring sebelah emak, satu bantal satu selimut, dakap emak sampai terlena...
atau kalau dah jam 4 pagi lebih; mengaji sekejap sebelah emak...
tapi kini semuanya sudah TIADA.; kadang2 nak bangun malam pun terasa sayu pilu SEBAK DADA;

ADAKAH mM TERLALU MENURUT PERASAAN...???

Memang berbeza...
bila kita buat semua tu dengan seikhlas hati; walaupun badan letih dan penat tapi hati kita senang dan jiwa tenang sesangat...
Sekarang, dah 10hari..tak banyak benda yang nak diurus, tapi kepala berdenyut2, fikiran terawang2; 1 KERJA PUN TAK DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEMPURNA...
wajah je penuh tawa, tapi di hati penuh duka
ADOOOOHH
SAKITNYA di sini....di dalam kehidupan seharian.
Teringat2...bila emak sebut 'terimakasih'..mM akan potong cakapnya...
"...apalah mak ni..., anak yg wajib berterimakasih dengan emak.."
"...dulu emak suapkan, mandikan, dokong kilek kendung anak2 bertahun2...."
"...ceq buat ni bukan nak balas apa yang makayah dah buat sebab sampai kiamat, sampai ceq mati pun tak terbalas..."

"...betul, tapi tu dulu, masa anak2 kecik; ni orang tua....."
dan inilah juga perkataan yang sama semasa aruah ayah ucapkan sepanjang keuzurannya dulu..

Sebenarnya tengok emak (dulu ayah) senyum pun dah cukup menggembirakan hidup sepanjang hari tersebut...

2 comments:

  1. Saya pun sampai sekarang masih terkenang dekat mak..dah 9 tahun berlalu tapi masih tak hilang rindunya. Tak sempat nak bela mak sepuasnya. kejab saja perginya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, semasa hayat mereka tu kita fikirkan dah buat yang terbaik; tapi mereka dah tiada..baru terasa banyaknya benda yang SEPATUTNYA kita buat untuk mereka tetapi tak buat. Mungkin Allah nak kita sentiasa ingatkan mereka melalui kekesalan yang sedikit itu.
      AlFatihah untuk mereka yang telah pergi mendahului kita, semuga Allah cucuri rahmat buat mereka. Amiinn.

      Delete