Monday, March 23, 2015

Antara Mengumpat & Fitnah


Mengumpat adalah perbuatan mengeji atau mengutuk orang lain di luar pengetahuan orang tersebut. 


Fitnah pula adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar: fitnah adalah berbentuk perbuatan mengadu domba atau melaga-lagakan orang. 


Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu apa itu mengumpat?” “Tidak,” jawab sahabat.
Balas Baginda, “Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?”
Jawab Rasulullah SAW, “Itulah maksudnya mengumpat.”
Nabi berkata lagi, “Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan (fitnah).
(Hadis Riwayat Tirmizi)

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Wahai kaum muslimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, iaitu berhusnuzhan (berperasangka baik) kepada dirimu.
Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan.

Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat.  Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar-kacir dan huru-hara hubungan diantara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita iaitu ISLAM.  Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:
“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”

Kita mengakui bahawa setiap insan hatta DIRI KITA SENDIRI PUN mempunyai keaiban dan kesalahan yang telah dilakukannya. Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan kerana kalau dihebahkan bermaksud kita telah mengaibkan diri sendiri.


nota: saringan/sedutan/sumber dari carian google blog/web di internet.


No comments:

Post a Comment