Monday, August 19, 2013

salam berhariraya...

Minggu ni anakmenantu mM balik sekejap untuk memenuhi undangan majlis2 perkahwinan kawan2nya. Jadi, terisilah sedikit kesunyian mM.
Hari Jumaat, petang; tetiba ja kawan MGS mM; Maznah bt Tak muncul dengan anak2, sepupu serta mak-saudaranya. Datang menyinggah nak beraya. Mereka dari USM Pulau Pinang. Seronok sangat dapat berjumpa mereka. Terima kasih, Maznah. Maaflah tak dapat menjamu apa2 yang istimewa, setakat biskut raya biasa2 saja. Kalau diberi notis awal; bolehlah disediakan sedikit berbeza!
Apa2pun, terimakasih banyak2.

Terlihat dalam facebook semalam gambar  en.Zul sekeluarga ni bersama anak2 dan isterinya, Umi.
En.Zul ni kan pelakon dramaGERAK KHAS tu.
mM kenal mereka sekeluarga ni semasa tinggal berjiran di Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dulu tu. Anak lelakinya tu mM yang jadi baby-sitternya. Sampai ke hari ni mM dan Umi tu masih lagi berhubungan.

No comments:

Post a Comment