Wednesday, March 20, 2013

stuffed soft toy: cubies

Buat mainan kiub ni untuk pertama kali selepas hampir 20 tahun mM tak buat soft @ stuffed toys ni..
Dulu2, selain bentuk kiub dan bola, mM juga buat anak patung, bear dan lain2nya termasuk soft-book.
Baru tersedar...lamanya tak buat, sebab jenuh dok fikir cara2 nak buat patennya. InSyaa Allah, nanti nak cuba buat semula semua tu.
Plan asal nak letak loceng dalam kiub ni, tapi dah terlupa pula. Malas dan mengantuk menghalang mM dari nak membuka jahitan tu semula.
Bagusnya mainan ni sebab ianya lembut, ringan dan sejuk sebab dari kain flannel. Reben2 tu sengaja mM letak untuk baby pegang, gentel dan gigit. It's rattle! Juga boleh buat ganti bantal-bucuk!

Barisan kain2 menunggu untuk projek seterusnya
Berderet kain dalam stock. Hehehe...mesti korang fikir mM ni tailor ke apa yang seumpamanya, kan?
Sebenarnya mM ni memang pantang nampak kain murah kat kedai, mesti nak beli..Itu yang jadi masalahnya tu kalau mM ke Nagoya ke, Fiona ke, Kamdar ke...isssyyy, mesti ada saja kain yang dibeli. Mujur jugalah kain yang 4-5ringgit ke bawah saja yang mM borong tu...jika tidak, tak ke membazir, kan? Beli dan simpan!
antara kain yang baru balik dari kedai
kain perca dan lebihan yang sekian lama setia menanti
yang sudah dijahit -tepi
menunggu untuk kena gunting

No comments:

Post a Comment