Wednesday, February 27, 2013

pengat @ serawa pisang


Semalam, besan mM datang menziarah cucunya. Dibawanya sesisir pisang awak...(mM sebenarnya bukan berapa kenal sangat jenis2 pisang ni....pisang emas tu tahulah)
Kata orang kalau pisang emas, orang pantang bersalin boleh makan. Ada juga yang lepas bersalin sampai setahun tak berani nak makan pisang apa pun. BISA kata mereka...Minta maaflah, mM memang tersangat lah kurang arif bab2 makanan ni...apa yang bisanya, apa yang sejuk dan apa yang panasnya...
Jujur cakap, emak mM tak paksa berpantang ketat macam orang lain, baik semasa bersalin normal mahupun bersalin czer dulu. Apatah dengan minuman; air pun tak dicatu. Alhamdulillah, sihat lagi sampai sekarang.. tanpa sebarang penyakit kronik menyerang.
Petang ni mM masak pengat pisang lah....
Cerita pasal pengat ni, kalau sebelah utara ni bermakna kuih yang tepung bercampur pisang, ubi dan sebagainya dan dimasak cara kukus; sedikit saja perbezaan dari lepat; sebab lepat dibungkus dengan daun pisang tapi pengat diletakkan dalam loyang.
Bagi mereka di sebelah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, pengat tu macam bubur; pisang, ubi dan sebagainya dimasak berkuah santan. Sedangkan di utara ni, masakan tu dipanggil serawa... serawa pisang, serawa sukun dan sebagainya.

PENGAT PISANG  (maaf, resepi main agak2 je sukatannya)
Pisang 5-6 biji dipotong supaya senang nak di blend; lagi banyak pisang lagi sedap.
Santan, garam secubit, gula putih dan/atau gula perang/gula merah/gula melaka/gula kabung, 3 sudu besar tepung beras(jika ditiadakan pun, ok), 1/2 cawan tepung gandum dicampur dan blend.
Untuk lebih berkhasiat, mM letakkan 1 biji telur dan sesudu mentega.
Panaskan air kukusan.
Tuang campuran pisang ke dalam loyang dan kukus sehingga keras/masak.
 Angkat dan sedia untuk dimakan...
*****************************************************
Dari bahan2 yang sama, mM buatkan SERAWA PISANG
Pisang dipotong atau dibelah 2.
Dalam periuk, masak air dan gula putih/gula merah/gula melaka dan daun pandan.
Bila gula sudah hancur, masukkan pisang dan santan serta sedikit garam jika suka.
Masukkan juga sagu yang sudah direndam...tapi mM tak bubuh pun benda ni sebab tak ada stok di dapur hari ni. jadi, untuk memekatkan kuahnya mM kacau sedikit tepung gandum.
Boleh juga masukkan sepeket Nesvita Oat untuk memekat dan menambah khasiat makanan.
Tunggu sebentar biar mendidih sebelum diangkat dan nikmatilah kelazatannya.

No comments:

Post a Comment