Tuesday, April 17, 2012

kenduri Noor Naji



Dah dekat nak senja, Noor Naji  dan anak sedaranya; anak arwah kawan sepejabat mm & ad sebenarnya; datang menyampaikan kad undangan perkahwinan anak lelaki tunggalnya. Dan itulah pertama kali berjumpa setelah sekian lama berkenalan mesra di facebook.
Ramah dan sangat2 friendly orangnya; seorang ibu tunggal & anak pak arab terkenal di BS ni.

Seronok bergambar bersama adik junior masa di tingkatan 4-5 dulu. Last tengok mereka 1977..

Adik2 yang kini cukup mesra di fb; Kelab Burung Hantu Seraian..
Semasa pergi makan kenduri di rumah Noor Naji di Kg Yassin, Bagan Serai, Perak; seminggu selepas kelahiran cucu sulung mm; telah menemukan mm dengan kawan-kawan dari sekolah SMJK(I)BS; adik2 junior sebenarnya, yang tak pernah bertemu sejak mm lepas Form Five, & jujurnya hari terakhir mm menjejak kaki ke sekolah tersebut ialah pada hari ambil keputusan M.C.E. tahun 1977 iaitu pada Mac 1978.

No comments:

Post a Comment