Tuesday, September 6, 2011

Ramadhan yang pergi...

Masih lagi merindui keberkatan ramadhan yg baru berlalu..ya Allah, tolonglah berikan kesempatan untuk menikmati ramadhan yang akan datang. Namun, mm sentiasa terkenang dan teringin mengulangi ramadhan 1429.
Ramadhan terakhir mm dapat bersama ayahanda mm. Alangkah nikmatnya bila dikenang semula, dapat memandi, membersih najisnya, menyuapkan makan minum dan memeluk mencium tangan dan pipi arwah!(lansung tak terasa penat & letih sepanjang ramadhan tu berbanding ramadhan2 sebelumnya, malah masih boleh terus beribadat seperti biasa; mengaji, solat tahajud dsb) padahal terpaksa naik bas naik teksi pergibalik ke kediamannya yg berjarak 5km, sebelah pagi sekali, selepas asar sekali lagi. Entah dr mana mm mendapat kekuatan tenaga & kudrat sepanjang masa tu.. Namun, Allah lebih menyayanginya... arwah pergi pagi Jumaat 3Syawal ketika azan subuh berkumandang. AL FATIHAH.
mm memang cepat tersentuh hati dengan anak2kecil yatim, yang yatim piatu, yang tak berwaris. Itulah semasa bulan puasa tempohari, mm & ad melawat Rumah Nur Kasih Ulu Sepetang, cuba2 tanya kot ada anak2 di situ yang tak berwaris & tak ada ke mana nak beraya; bolehlah mm bawa balik. Menurut kata en. Zul, ada 5 orang yg tak berwaris, tapi pihak TMC dah book. Alhamdulillah, tak lah kesunyian sangat kanak2 tu disamping dapatlah en. Zul sekeluarga beraya.
Begitu juga, beberapa hari sebelum raya, mm cuba sms Rumah Permata Kasih bertanyakan perkara sama. Dan dibalas "........Alhamdulillah, setakat ini kebanyakannya ada waris, klu yg jauh, kami akan usahakan hantar..Yg x ada waris tu takut x biasa dgn org lain,penjaga akan ambil peranan menjaga..." Alhamdulillah, kalau begitu ceritanya.
mm pun pasti, bukan senang nak lepaskan anak2 jagaan tu ke tangan orang lain, apatah lagi secara ad-hoc ja..tambah2 dalam dunia yg penuh dengan binatang bertopengkan manusia ni. Na'auzubillah.

No comments:

Post a Comment