Friday, January 17, 2014

masalah ni lagi..

 Hari tu mM cerita fasal kain yang ada doggie tu, kan...kira rugi hanguslah 2-3meter kain tu, tak dapat nak diguna seperti cadangan asal.

Kemudian, tengok kekawan fb meng'order' kain ktrtun ni, mM pun teringin juga. Jadi order on-line lah kita! 2 warna, you...
Sekali tu...dalam masa menunggu kain sampai ke rumah, adalah pula geng yang dah ada kain tu buka cerita...
Habis tu macammana....
Apakah yang harus mM buat dengan kain yang bermeter-meter tu?

Ada yang kata tak ngapa, katun je..tak cukup lengkap. Lagipun buat lanyak bukan bawa solat atau digantung di dinding sebagai hiasan.

Dan ada juga yang mempertikaikan bagaimana pula hush puppies, snoopy, goofy t-shirt yg kadang2 di bawa ke masjid?

Any comment....?

Saturday, January 4, 2014

awas...berhati2lah!

Rasa tak sabar2 nak bagi tahu kekawan semua ni...
tadi semasa mM nak menjahit;
tetiba ternampak ni...

kain dah dipotong, siap berjahit tepi lagi...

Agak2 apa nak dibuat...

nak bagi present kat kawan2 non-muslim pun....terpaksa kena buat bagi siap bantal tilam pulak!

TAPI mM BETOI2 MINTAK MAAF KAT anakmenantu Fiza Akmar & Kamal Sofien; sebab semasa menjahit cucu punya blanket & bedung dulu tu mM lansung tak perasan ada gambar anjing tu...dok tengok bear comel tu je!

Selama ni, kalau kartun donald & pooh, memang mM berhati2 sebab takut ada si piglet tu...

Dalam punya habis berAWAS pun terkena!

MasyaAllah; tengoklah...mM sikit punya teruk mencari kain corak ni semula sebab rasa warna dan bear yang sweet tu; rupanya ada hikmah lain yg tak dapat kita kesan dalam masa yang singkat tu!

Subhanallah. Patutlah beriya2 mM nak buat selimut baru untuk siAqil tu...konon nak bagi hadiah harijadi; tapi terkejar2 juga membuatnya walaupun banyak tempahan lain menunggu. Tak sempat2 nak tunggu hujung Januari, hujung 2013 mM siap poskan ke JB!
Rupa2nya rahsia Allah mengatasi segala pengetahuan kita......
 Selimut size kanak2 & bantal didalam beg berfoto.
untuk Zaheerah
untuk Aqil