Friday, August 31, 2012

salam kemerdekaan...



 Sama2lah kita menjaga keamanan negara....

Tanpa prejudis, ayuh kekalkan kestabilan politik demi kemakmuran negara Malaysia ini.

Monday, August 27, 2012

pertemuan semula lagi...


Raya ke4 lepas mm dan cikguNaemah bersama suaminya cikguWahab telah ke Dewan Kg. Banjir, Kuala Kangsar untuk memenuhi jemputan walimatulurus kawan seasrama kami berdua; Norshamsiah bt Abd Aziz.

Alhamdulillah, selepas 37+ tahun baru inilah pertama kali bersua kembali dengan Norsham dan Sumiyani bt Sani....Yani Sani. Juga dapat berjumpa dengan Endun bt Razali yang kami panggil Ben.

opah & bakal2 opah berposing....
mm & cikguNaemah

cgNaemah dan Ben
Jenuh dok menuang air...minum bergelas2 sebab nak duduk bersembang lama2;
malulah pula kalau dah sudah makan tapi tak bangun2 beredar dari meja...
bagilah chance tetamu jemputan lain pula nak duduk makan.....

masing2 dah tak slim lagi dah;
cikguNaemah, NorShamsiah & mm...

Monday, August 20, 2012

1 SYAWAL datang lagi...


Alhamdulillah, dapat lagi bertemu Syawal, syukur ya Allah kerana panjangkan umur kami untuk berkesempatan menyambut aidil Fitri sekali lagi.

Semuga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat Illahi sepanjang hayat.

Sempena menyambut hari raya ni, sama2lah kita berusaha membersihkan lagi hati nurani kita dari segala rasa curiga sesama kita.
kerana sesungguhnya.....

Sekali lagi nak ingatkan sesama kita....

Sempena hari baik bulan baik ini maka eloklah kita mengambil kesempatan mengeratkan hubungan siratulrahim dan bermaaf-maafan. Marilah kita saling memaafi segala pertelingkahan, kekurangan dan kesilapan serta menyambung kembali jalinan yang putus, dingin dan renggang.
Bermaaf-maafan sesama kita merupakan amalam utama yang sangat mulia di hari raya. Namun, memaafi tidak bermakna mesti melupakan....kerana memadamkan perasaan tidak semestinya mesti memadamkan memori. Sebaliknya memori apa yang pernah berlaku biarlah disimpan sebagai pengalaman yang mematangkan dan mendewasakan kita.

Memaafkan pula bukanlah bermakna tidak boleh mencari keadilan atau menuntut hak kita. Dengan sabar dan taqwa, InsyaAllah segala kekusutan dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya.
Perasaan negatif seperti kecewa, marah, benci, dendam dan seumpamanya perlulah digantikan dengan perasaan positif seperti memaafkan, reda, sabar dan syukur. Inilah yang akan memberi kita kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hidup penuh pancaroba di dunia ini.
Akhirnya untuk hari ini...mm tinggalkan kata2 ini untuk kita renungi bersama............


kerana sesungguhnya......

Oleh itu, ingatlah....

dan inilah mm.......

Saturday, August 18, 2012

Nasi Ayam...

Menu ringkas berbuka puasa 2 minggu lepas......nasi ayam dan sayur lodeh goreng dengan teh ais lemon.
Ayam ni digoreng je.

Semalam pun masak nasi ayam juga; tapi masak ayam kukus. Ala-ala nasi ayam Hainan lah konon2nya..heheheh tapi cara ringkas mm lah....
.
Nanti lain kali mm akan tunjukkan cara nak memasak nasi ayam "style makmunah" ok. Hari ni, sibuk sikit...maklumlah esok dah nak beraya (kalau nampak anak bulan petang ni!)

Oleh itu mm mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua.


Friday, August 17, 2012

mood raya ....

Entahlah kenapa tak datang2 lagi mood nak beraya ni; mungkin sedih nak meninggalkan Ramadhan yang tak puas dikecapi dan nikmati; apatah lagi ibadah2 sunat yang terlalu banyak tak sempat dilakukan.
Demam, masih lagi; sekejap reda sekejap datang balik...tapi masih tak lega sepenuhnya. Batuk berpanjangan, sehari2an. Penat, semput..mungkinkah nak dapat penyakit asma?

Ya Allah, tolonglah....panjangkan umurku, Tuhan. 
Bagilah kesempatan buatku membesar mendewasakan anak2ku selain amal-ibadatku yang tak seberapa ni; apalah bekalan yang nak kubawa. 
Berilah aku kesempatan nak berkunjung ke tanah suci Mekah terlebih dulu, ya Allah.
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk berbakti pada emak dan suamiku sebelum engkau ambil nyawaku.
Ya Allah, untuk itu semua, aku memohon kesihatan yang SANGAT baik dan akalfikiran yang AMAT waras.
AMIIIINNN...


Sebenarnya ucapan dibawah ni nak buat esok pagi;
 tapi mm takutkan sibuk2 sangat nanti sampai tak sempat
 nak menjenguk rumah blog ni, 
jadi tempekkan ja lah kad-ucapan-maya ni di sini hari ni.


Wednesday, August 15, 2012

Roti Jala

Hai, nampaknya di bulan puasa ni post semua berkaitan makanan & masakan. Bukan apa, takut kalau bercerita hal2 lain lebih2 nanti... ada hati yang terasa. Kan dah kurang pahala puasa mm walaupun bukan niat mm nak mengata atau apa.

Nak cerita fasal ROTI JALA hari ni.
Nak buatnya tak susah, bahan2nya pun tak banyak. Cuma kena ada acuan roti jala lah. Kalau zaman dulu2, tak pakai acuan pun. Memadai dengan daun pisang yang dibentuk kun dan dilubangkan di hujungnya saja.
Acuan begini ada yang diperbuat dari plastik
dan ada juga dari tembaga (berat tu!)
Ini bekas sos yang ada 2 dan 3 muncung;
kalau guna yang 1 muncung pun okay kot!

Bahan2nya cuma tepung gandum dan air. Kalau suka tambah secubit dua garam. Sukatannya ikut suka sendiri, nak banyak mana. Biasa2 mm buat 2 cawan tepung gandum je. Air tu nanti ikut kecairan bancuhan; jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sedang2 je macam buat kuih dadar / ketayap, cair sikit dari bancuhan kuih cara.
Untuk menambah khasiat, masukkan 1 biji telur. Boleh juga guna santan atau susu menggantikan air.
Masukkan semua tu dalam blender, dan on.....lepas tu tuang dalam bekas, kalau ada tepung berketul2, tapis atau sodok2kan supaya tidak berketul2 lagi. Kalau nak letak warna, titiskan sikit. Masukkan dalam botol sos tu jika guna acuan yang jenis tu.
Panaskan kuali, elok guna kuali non-stick tu. Sebaik2nya kuali leper yang kita guna goreng telur mata tu. Kuali biasapun boleh juga. mm guna kuali yang masak roti canai tu.
Ambil daun pandan, potong lebih kurang sejengkal dan ikat dengan getah. Kemudian koyak2kan hujungnya menjadi seperti berus. Kalau tak mahu buat yang macam ni, guna je tisu dapur!

Sapu minyak dengan berus pandan tadi, dan tebarlah bancuhan tadi. Jangan terlalu lebar atau besar, juga jangan buat bertindih adunan tu, takut jadi kuih dadar pulakkk...
yang ni mm guna acuan roti jala yang plastik tu;
bentuknya bulat
yang ni pula mm guna yang jenis botol sos;
sebab tu boleh berbelang2,
tapi bentuknya 4segi.
Bila dah siap, hidangkan dengan kuah kari atau gulai; dengan kuah bubur atau cicah aiskrim pun sedap.
menu berbuka semalam:
roti jala patriotik (sebab kaler macam askar)
dengan kari kepala ikan  & gulai daging
gambar dari fb adik angkat mm; Aziah yang mengambil tempahan
Rajin betul dia ni...
comel2 je kuihnya.


Friday, August 10, 2012

aiskrim goreng

Selalu kalau makan kat kedai, anak2 mm suka sangat nak try aiskrim goreng. Yang frustnya di menu kedai tu tulis AISKRIM GORENG; tapi bila kita order...mesti jawapannya 'dah habis', 'sekarang dah tak jual' dan macam2 alasan lagi. Jika ada pun, tengok harganya pun rasa sayang pula nak order...sebab harga seketul aiskrim gorengnya dah nak menyamai harga 1 bekas/ 1litre aiskrim yang koman2 tu...setakat aiskrimwall's tu dah boleh dibeli dah . 
Kepada kawan2 jikalau ada yang teringin sangat nak makan, eloklah buat sendiri. Senang saja, tak sesusah mana pun.

Bahan2nya cuma roti sandwich dan  semestinya lah mesti ada aiskrim; berapa banyak tu terpulanglah..tepuk kepala tanyalah selera!

Jangan dilupa Minyak untuk menggoreng deep-fat fry. Juga plastik untuk membungkus. Dan 1 lagi yang mesti ada ialah peti sejuk untuk membekukan roti dalam freezer.
Roti Sandwich...tak kiralah apa2 brand pun
asalkan halal dan tak expired
Begitu juga dengan Aiskrim
tak kira apa jenama dan perisa
yang penting kena dengan selera sendiri
Mula2 cedok aiskrim ke atas roti; janganlah banyak sangat. Memadai 1-2 scoop. Lapiskan dengan   sekeping roti lagi macam kita buat sandwich tu.


Ambil cawan atau bekas yang bulat, tekan atas kedua2 roti tu. Kalau nak bentuk 3segi atau 4segi pun   boleh, sukahati sendirilah...asalkan besar sedikit dari longgokan aiskrim tu tapi kecil sedikit dari ukuran roti tu. Tekan2 sampai putus atau hampir putus dan bolehlah dipotong dengan pisau atau gunting supaya membentuk cantik.
Tekan2 sekeliling roti (tapi jangan sampai aiskrim tertekan pula!) supaya tertutup rapat.  mm gamkan dengan campuran telur putih + tepung jagung. Takut2 roti tu terbuka; sekadar precaution; tak buat macam ni pun tak mengapa kot.


Lepas tu ambil plastik, masukkan roti beraiskrim tadi dan tutup. Tujuan utamanya supaya roti tu tak kering atau jadi ais bila simpan dalam freezer. Jika buat banyak, tak melekat antara satu dengan lain bila simpan dalam bekas tupperware (& seangkatan dengannya). Yang paling utama, mudah untuk dikeluarkan semasa nak menggoreng.

Simpan sekurang2nya 6 jam dalam freezer dulu. Kalau dah tak sabar sangat nak makan, boleh je kurang dari masa tu...tapi jangan pula asyik dok komplen kalau aiskrim tu meleleh!
Dah sampai masa nak makan tu, keluarkan dari plastik. OOOpp terlupa pula; panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul2 panas, baru masukkan roti. Cepat2 terbalikkan dan angkat sebaik saja dah keperangan warnanya. Proses menggoreng ini sangat cepat, kalau tidak hangitlah roti tu dan aiskrim di dalamnya pun cair.
Perlu diingatkan: jika minyak tak betul2 panas, roti yang digoreng menjadi berminyak dan tak garing. Untuk ketahui bagaimana minyak dah betul2 panas; perhatikan jika nampak asap dikeliling kuali (bukan asap dari api!); kalau berani boleh je percikkan air ke dalam minyak; kalau berbunyi kuat tu tanda sudah panaslah..tapi awas...silap2 haribulan muka yang terpercik minyak panas!
Ini pesanan untuk anak2 yang baru nak kenal dapur; mak2tok mesti dah expert
keluarkan dari freezer dan buka plastik sebelum menggoreng
Selepas digoreng
dan dah nak masuk mulut dah..
CARA2 NAK BUAT AISKRIM GORENG
SELAMAT MENCUBA

Untuk mengelakkan pembaziran, reja2 roti sandwich tadi bolehlah dimakan begitu saja dengan baki aiskrim tu. Buat banana split pun sodap!