Tuesday, April 24, 2012

KeNaNgaN


1968, darjah 3, SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI, PERAK.

1971,  darjah 6A SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI, PERAK.

ASRAMA 101, JALAN CHAMBERLAIN HULU, IPOH, PERAK.

1974 METHODIST GIRLS SCHOOL IPOH, PERAK

TAMAN DR.SENIVASAGAM IPOH, PERAK

1976 ASRAMA JALAN CHIN HWA, IPOH PERAK

1973, MAULUDILRASUL; SEKOLAH LATIHAN WANITA (SELAWA) IPOH, PERAK

mengingati kawan2 lama...


SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN SEPASANG KAWAN SEKOLAH
 SEJAK 1976; 
MOHD. ZUBIR TAEH & NOORLIA ABD. RAHMAN 
YANG KINI BERTUGAS DI TOKYO JEPUN.
SYUKUR, CINTA MONYET  TELAH JADI KENYATAAN, ALHAMDULILLAH..

##############################################################

BUAT TUAN SYED KHIROLIL
yang juga rakan sekolah sejak 1976
juga buat kawan2 yang mm tak berkesempatan wish birthday kalian, harap maaf.

################################################################

KEPADA NORMADIAH BT HAMZAH
yang berkawan dengan mm sejak 1967 lagi


########################################################

untuk RAZIAH ABD. MANAF
yang arwah datuknya telah menjadi tuan punya rumahsewa yang sangat baikhati 
terhadap keluarga mm semasa kecil2 dulu


########################################################

UNTUK ADIK ANGKAT SEJAK SEKOLAH MENENGAH
CHE HASSAN BIN MAHMUD
&
CHE PAH


Saturday, April 21, 2012

Alhamdulillah

Syukur, akhirnya sampai juga mm & ad ke sini menjenguk mereka sambil menyumbang sedikit sedekah..
Lama sungguh, hampir 3-4 bulan dah tak menziarahi anak2  di sini...
1) RUMAH PERMATA KASIH BUKIT MERTAJAM
2) RUMAH SINARAN KASIH NIBONG TEBAL
3) RUMAH NURKASIH BATU KURAU
4) RUMAH NURHIDAYAH CHANGKAT IBOL

Teringat, bukan tak ingat pada ereka ni, cuma kesempatan masanya yang kritis sangat sampaikan sms2 yang dihantar oleh Puan Subiha & puan Atiqah membuai sayu hati mm...tapi payahnya nak curi masa mm niii..

Sungguhpun begitu, kerap juga mm postkan di dinding facebook mm untuk kawan2 baca tentang kesulitan rumah2amal ini; buka apa- mungkin ada dikalangan kawan2 yang ingin bersedekah menderma tapi tak tahu nak tuju ke mana...


Friday, April 20, 2012

pertemuan semula...

Normadiah bt Hamzah, Kuala Dipang Ipoh.
kawan sekolah rendah SKBS 1966-1971



**************************************************


Rosminah binti Ahmad, Jabatan Pendaftaran Batu Gajah
kawan sekolah rendah SKBS 1967-71
jumpa semula masa kat MGS 1975







################################################


Raziah binti Abdul Manaf; cikgu kat Ipoh
kawan junior SMJK(I)Bg. Serai; 1976-77



teruja...

Hari rabu, 18/4 petang, mm & ad membawa 2 anak2ngasuh; Aiman dan adiknya Aqilah ke Kg Sg Kechil Illir, Jawi. Rumah bapa saudara mm tu letaknya kat Kg Belakang Pekan, 300kaki/ Kg Besar, Nibong Tebal. Tak tahulah kenapa dipanggil "300kaki.".....

Rumah Pakteh Jo & Makteh Mah ni dalam kampung tradisional...jadi budak2 ber2 ni bukan main teruja lagi... tambah2 Pakteh sedang dok gilap basikal tua arwah bapanya dan rangka lanca @ beca arwah pakmertuanya.

Bila tengok 2 benda ni, memang nostalgia betul...(1) teringat basikal tua ayahanda mm yg digunakan untuk mencari sesuap nasi keluarga kami dan  (2) teringat kenangan mm ke sekolah menaiki beca yg kami panggil teksi semasa di sekolah rendah...

Anak2ngasuh mm pun bukan main syiok dok berposing bila tahu mm membawa kamera...



adik lebih besar dari abangnya




Tuesday, April 17, 2012

orang baru dah tiba

Nur Eirdina Zaheerah...4/3/12

semasa dilahirkan

sekarang sebulan lebih dah

kenduri Noor Naji



Dah dekat nak senja, Noor Naji  dan anak sedaranya; anak arwah kawan sepejabat mm & ad sebenarnya; datang menyampaikan kad undangan perkahwinan anak lelaki tunggalnya. Dan itulah pertama kali berjumpa setelah sekian lama berkenalan mesra di facebook.
Ramah dan sangat2 friendly orangnya; seorang ibu tunggal & anak pak arab terkenal di BS ni.

Seronok bergambar bersama adik junior masa di tingkatan 4-5 dulu. Last tengok mereka 1977..

Adik2 yang kini cukup mesra di fb; Kelab Burung Hantu Seraian..
Semasa pergi makan kenduri di rumah Noor Naji di Kg Yassin, Bagan Serai, Perak; seminggu selepas kelahiran cucu sulung mm; telah menemukan mm dengan kawan-kawan dari sekolah SMJK(I)BS; adik2 junior sebenarnya, yang tak pernah bertemu sejak mm lepas Form Five, & jujurnya hari terakhir mm menjejak kaki ke sekolah tersebut ialah pada hari ambil keputusan M.C.E. tahun 1977 iaitu pada Mac 1978.

Monday, April 16, 2012

rindu nk berposting dlm blog...

Lamanya tak berblogging....lama sungguh tak berpost baru..masa oh masa...

selepas 1975...

Bertemu Marina Mohamad & suaminya yang sangat peramah lagi informative..


Seronoknya Datin hidup dikelilingi buku...

antara buku2 hasil penulisan suami Marina.

NOR AIZA JOHAN: jumpa semula selepas 1976...http://aizanetwork.blogspot.com/

 Kek yang menjadi titiktanda pertemuan semula ini.....



 DULU:- Aiza, olahraga MSSM yang mm kenali.....
KINI:- Aiza, peniagawati berjaya...
Alhamdulillah, tahniah kawan.