Wednesday, August 31, 2011

kibarkanlah jalur gemilang.....

Berapa buah rumahkah di taman perumahan anda yang pasang  & kibarkan bendera Malaysia sempena menyambut hari kebangsaan negara? Kalau mm tak salah, di lorong rumah mm yang ada hampir 30 pintu ni, agak2nya tak sampai 5 rumahpun yang kibarkannya...padahal rasa mm lah, cuma 10 tuanrumah saja yang terdiri dari pekerja swasta (antaranya bank swasta!) atau pesara..yang lain semuanya kakitangan kerajaan. Tak kanlah daripada rm500 duit bonus tu nak beli bendera 1 pun berkira, nak tunggguuuu kerajaan bagi percuma juga kah!
bersyukurkah kita dapat menikmati kemerdekaan negara selama ini?
PATRIOTIK lah sikit terutamanya cikgu-cikgi ooii!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

aidilfitri 2010 di Nilai, Negeri Sembilan
RAYA...RAYA...raya...raya..bersama2 memohon & memberi kemaafan.
sibuk, tak sempat nak ngomel2.

MERDEKA

wira2 kemerdekaan MALAYSIA pasti menangisi kecelaruan hidup generasi kini
Merdekakah kita kalau akalfikiran & minda masih dijajah oleh budaya, adat serta peradaban asing? 

Friday, August 26, 2011

nak MAKAN tak MAKAN

Baru berpuasa, tak makan kurang 15jam sehari, lepas tu pelbagai aneka juadah dapat kita sumbat dalam mulut terus ke perut, pun kita dah keluhkesah. Agak2nya kalau kita berpuasa tetapi tak ada apa2 juadah istimewa lain selain nasi dan air kosong saja untuk dimakan sepanjang malam, pastilah kita lagi akan mengeluh. Dan bagaimana pula jika ditakdirkan, lansung tak ada apa nak dimakan hatta air kosong yang bersih pun sukar kita dapat! Agak2nya berapa panjang pulalah kita akan mengeluh resah?
Bayangkan sulitnya hidup mereka di benua Afrika yang sedang bergelut dengan krisis makanan khususnya rakyat Somalia. Dengan panas kemarau, sengit perbalahan perang yang berlarutan; puasa tak puasa sama saja pada mereka kerana sememangnya tak ada apa2 untuk dimakan buat berbukapuasa & bersahur selain mengharap bantuan ehsan masyarakat dunia ataupun sekadar menunggu kematian kerana kebuluran.........
Memang menitis airmata, melihatkan azab derita mereka ini tapi apakan daya, hanya doa saja yang dapat mm pohonkan disamping mensyukuri rahmat Allah kepada kita di negara tercinta ini. Selalu mm kata pada anak2 setiap kali terpaksa membuang baki2 sisa makanan ke dalam tong sampah, "sayangnya membazir saja makanan ini, terpaksa naik lori sampah, kalau dekat2 boleh jugak bagi orang kat Somalia!"
Jadi kepada yang terlebih mewah dengan segala macam makan-minum tu, sedekah dan dermakan sajalah duit anda ke TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA. Biar kita makan kerana lapar tetapi berhentilah makan sebelum TERLALU kenyang. Macam kata mantan PM; Dr.Mahathir Mohamad tu... Itu sebab beliau masih lagi jauh lebih maintain tubuhbadan akalfikiran berbanding dengan mereka yang lebih muda darinya. Kita makan biar setakat untuk diserap jadi darahdaging cukuplah, sebab yang selebihnya tu akan jadi barang terbuang juga, kan membazir & merugikan tuu....Belum lagi diambilkira peranan makan berlebihan tu sebagai menjemput banyak penyakit. Lagilah rugi sebab terpaksa berubat pula. 
Apa2pun, usahakanlah agar perut kita tak jadi seperti tong sampah atau telaga buruk....... 

Wednesday, August 24, 2011

BERSEDEKAHlah..

23hb.Ogos, lepas asar terus ke Rumah Permata Kasih, kerana ingin menyumbangkan sedikit duit raya kat penghuni di situ. Sayangnya tak sempat berbual panjang dengan pn.Subiha kerana ada tetamu lain; ada rombongan sedang bersiap2 untuk berbuka puasa dengan anak2 di situ. ALHAMDULILLAH, SYUKUR.. anak2 di situ tak diabaikan oleh masyarakat.
Ikut kata ad, rombongan ni dari Penang Port agaknya sebab sticker kat kebanyakan kereta ada logo tu. ALHAMDULILLAH, mm panjatkan syukur pada Illahi. Bukan apa, sebelah pagi semasa mm bercakap di talipon dengan cikAtikah bertanyakan jumlah anak2 di situ, beliau ada selitkan.."tak ada kah orang nak bantu kami di sini..." Rasa sebak di hati mm masa tu, "InsyaAllah, nanti akak cuba usahakan" pujuk mm. Jadi mm pun terus sms kepada anak-menantu di SP serta seorang kawan sekolah masa kat MGS Ipoh (30 tahun lebih dah) yang bekerja di Penang Port, manalah tahu kalau ada kawan2 ofis yang nak bersedekah atau nak bayar fidyah nanti, bolehlah hulur2kan ke situ. Dan tak sangka betul, kawan mm yg memang pemurah & baikhati (Noraini Baharom) tu tiba2 membalas sms tu...."I will do d necessary." Sejuk hati mm....

Tuesday, August 23, 2011

ALHAMDULILLAH....

Nak jadikan cerita, semalam, lepas asar berhajat nak ke Simpang 3, Ulu Sepetang. Tetiba je, dalam perjalanan tu hujan punyalah lebatnya sampaikan abahDin(ad) dah tak berapa clear nak drive. Hatipun berbelahbagi, nak p ke tak ni.... Bila sampai Teluk Medan, mm tanya ad " kita nak p jugak ka ni?" Dia kata, "tak pa pelan2, nanti sampai simpang tu, kalau tak ok kita terus je ke Taiping berbuka puasa". Bukan apa, dok bayangkan dalam hujan mencurah2 ni, macamanalaa nak turun kereta, lainlah kalau boleh parking terus bawah rumah!

Alhamdulillah, sebaik aja sampai Simpang Empat Semanggol, ad  tanya balik, "macammana la ni, nak teruskan ke tak misi kita ni?" Mm kata, "pi laa.., kalau hujan jugak kita tak payah turun, patah balik." Bukan apa, dah tergerak nak pergi, kalau tak dapat jumpa, dapat tengok rumahnya pun jadilah..cewah cewah...macam orang kena angau la pulak!
Rupanya, Alhamdulillah, lansung tak ada setitik hujan pun sepanjang jalan dari Gunung Semanggol ke Ulu Sepetang tu. Jalanraya kat Changkat Larah tu pun kering kontang jaa. Itulah, kadang2 kena guna gerakhati juga!

Mujurlah kami, (mm & ad ja- adik'mak-ucu to-be' tak dapat ikut sebab ada majlis berbuka di rumah cikgu) sampai awal, sebab penghuni Rumah Anak-anak Yatim Nur Kasih,Taiping, dah siapsedia untuk ke jemputan berbuka puasa. Dapatlah berjumpa dengan pengerusinya, EN. ZULKEPELY OTHMAN yang baik hati tu, dan juga semua yang menginap di kediaman tu. Tercapailah hajat nak bagi duit raya- tak banyakpun, (sekadar nak tengok anak2 tu senyum je!) serta sikit duit belanja urus. Lama dah dok teringat nak pi jenguk mereka, cuma bulan Julai tu tak berkesempatan,(sekadar bank-in ja sikit) maklumlah baru lepas buat kendurikawin, sibuknya mm memanjang.


Alhamdulillah, masa buat kendurikawin bulan Jun tempohari, anak2 daripada 5 buah rumahanakyatim yang kami jemput (jemput 8 tapi cuma sponsor duit minyak 6 sebab 2 lagi memang dah comfirm tak dapat datang) sudi datang. Terimakasih banyak2lah kepada semua pengerusi/penyelia anak2 ini kerana mereliasasikan hajat mm sekeluarga. Terimakasih juga anak2 dari RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR KASIH,ULU SEPETANG, Batu Kurau (en.Zul),RUMAH SINARAN KASIH & RUMAH PERMATA KASIH, Permatang Pauh, Seberang Perai (en.Wan Shahrum, pn. Subiha, cik Atikah), RUMAH NURUL HIDAYAH,Kampung Cheh,Bukit Gantang (en.Abd.Manaf) dan yang mm tersentuh sangat, mereka yang dari RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN AT TAQWA, Pengkalan Hulu, Perak (terimakasih en Johari Hj Basri) menerima pelawaan ad hanya dengan panggilan talipon ja, disusuli dengan kunjungan anakmenantu beberapa hari sebelum tu- itupun tak dapat bertemu pengerusi/timb. pengerusi. Minta maaflah kalau mm & ad tak dapat melayan, sekadar bergantungharap pada adik2 & anak2 ja sebagai wakil tuan rumah!

Nasihat mm......Sila2kanlah ke blog mereka2 ini.

Monday, August 22, 2011

Hidup ini..

Tak lama lagi dah nak raya, tentu banyak persiapan yang sudah dibuat. Baju baru, kasut baru serta serbaserbi baru.... tudung, selendang, skaf, songkok, handbag, wallet...malah kereta pun ada yang nak tukar baru. Belum lagi termasuk segala aneka perabut rumah- karpet, sofa, kerusimejanya dan of course lah kain langsir.

MASYAALLAH...hidup ini penuh dengan nikmat yang kadang2 tak terfikirkan oleh kita.
Disebalik keghairahan kita bershopping raya sakan tu, cuba2lah ambil sedikit masa untuk memikirkankan keperluan orang lain yang mungkin tak bernasib sebaik kita. Anak2yatimpiatu, o.k.u, orang2 susah yang hidup miskin dan melarat atau keseorangan, sakit dan ditimpa malapetaka seperti kebakaran contahnya.
ALHAMDULILLAH syukran..., bersyukurlah pada rezeki yang Allah limpahkan kepada kita dalam pelbagai urusanhidup termasuklah sihat tubuhbadan dan umur yang panjang.

Dengan segala rahmat yang kita rasai, lebih elok kita berkongsi sedikit 'kesenangan kita-kepayahan orang' dengan menghulurkan bantuan, sumbangan, derma  atau sedekah (sebutlah apasaja!)

Tak tahu macammana nak buat? ASTAFIRULLAH HAL'AZIM... tak pa, tak pa.

Mari mm bagi cadangan & juga sepertimana yang biasa mm buat- pergi ke rumah perlindungan anak2yatim atau rumah orang2tua, ataupun tanyalah jiran2 sekampung ke, setaman ke, sepejabat ke atau tok imam, tok ketua ke kalau2 ada yang tahu orang2 yang perlukan bantuan berdekatan. Bila dah tahu di mana, pergilah jenguk..pantau apa-apa yang boleh dibantu tapi bawalah beras sekampit atau gula, susu, biskut kering atau buah. Jangan pergi tangan kosong ja lain laa kalau memang nak hulur duit masa salam tu!

Kalau masih tak tahu juga cara & di mana nak hulurkan sumbangan, sila klik Jamalhassim De'Redang, banyak yang boleh dibantu jika memang sudi untuk turutserta.
                                   ZIARAH RUMAH NENEK RAKYAH oleh Jamalhassim De'Redang. 

Sudi2lah membantu.....

Tuesday, August 16, 2011

pencarian

Pernahkah kita fikir2kan apa sebenarnya matlamat hidup kita ini?  
Pernahkah kita renung2kan apa yang kita cari selama hidup kita ini? 
Nak kaya atau nak senang?
Nak bahagia atau nak gembira? 
Nak berjaya kerana nak popular atau nak popular kerana berjaya?
Apakah kita makan untuk terus hidup ataupun nak hidup untuk terus makan? 
Sebagai orang beragama, terutama kita yang MUSLIM ni, kenalah sentiasa bermuhasabah diri kerana hidup bukan untuk di dunia ini saja.....
                           kesenangan dunia kita kejar,                                                                                                 
                 kebahagiaan akhirat kita cari!